MODEM 

Modem adalah singkatan bagi modulator-demolator.  Ini adalah proses di mana isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan  menerusi talian telefon dan juga sebaliknya iaitu berkemampuan untuk mengalihkan  isyarat gelombang kepada isyarat digital.  Apakah itu isyarat digital, analog serta perbezaan diantara keduanya? Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi  siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0.  Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya.  Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.

Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman (internal modem), modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card).  Daripada ketiga jenis modem ini, jenis  modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran perkomputeran peribadi.  Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.

Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar.  Ia disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi menerusi slot penambah.  Apa  yang kelihatan untuk penglihatan  anda cumalah bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman ialah ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi.  Ia sekaligus menyelesaikan masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah seperti sering terlupa menutup suisnya.  Ia juga membolehkan penjimatan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda.  Lazimnya jenis modem  dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.

Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing  daripada komputer peribadi anda.  Ini sekaligus  membolehkan anda menguruskannya secara berasingan.  Antaranya termasuk kemampuan  memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun  berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi anda.

Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.

Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama komputer jenis mudah-alih dan buku.  Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2. Dengan menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat anda seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.

Namun, jika anda berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian telefon tetap serta kovensional, jangan bimbang, ini adalah kerana dengan menambahkan kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit anda.  Capaian internet akan dapat dibuat.  Mungkin masalah yang akan timbul ialah dari segi kualiti serta kemampuannya.  Namun, kini sudah terdapat jenis-jenis modem yang menyokong persekitaraan seumpama ini.  Ini adalah jenis-jenis modem  yang  dikenali sebagai modem yang menyokong rangkaian Paket Data Selular Digital.  Dengan meluasnya penggunaan modem sedemikian, ia pastinya memberikan upaya mobilisasi yang besar kepada para pengguna.

Apabila memilih modem samada jenis dalaman, luaran dan kad PC yang  kebiasaannya  ditentukan  mengikut keperluan, kehendak serta jenis  komputer yang dimiliki, turut merupakan faktor penting serta kriteria utama apabila memilih modem ialah kelajuaannya.  Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat (I kilobit bersamaan dengan 1000 bit).

Kelajuan sesebuah modem adalah amat penting  kerana  ia akan menjadi antara faktor utama yang menentukan kelajuaan anda memindah-terima laman-laman web, menghantar e-mel dan sebagainya.  Lebih laju jenis modem anda, lebih lajulah kerja anda dapat dilaksanakan.  Tetapi, haruslah diingati bahawa turut terdapat faktor-daktor lain yang mampu melambatkan ataupun mempercepatkan kerja anda.  Antaranya ialah jenis talian komunikasi serta trafiknya ataupun kemampuan komputer induk yang menempatkan laman web tersebut.

 
Make a Free Website with Yola.